TEMUDUGA CALON PELATIH PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI REKA BENTUK FESYEN AMBILAN JANUARI 2022

9 Disember 2021 – Telah selesai hari ini sesi temuduga calon pelatih bagi program Diploma Teknologi Reka Bentuk Fesyen ambilan Januari 2022. Temuduga program peringkat diploma ini merupakan penawaran kursus baharu pengambilan pertama yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

Calon telah hadir dalam sesi temuduga yang dibuat secara bersemuka dan dalam talian. Setiap calon wajib menghasilkan rekaan pakaian terlebih dahulu bagi mengenalpasti tahap kebolehan dan bakat dalam bidang rekaan fesyen. Calon telah ditemuduga oleh Ketua Unit dan Pegawai kursus berkenaan.