Taklimat Jenayah Siber : Kesedaran Mengenai Ancaman Jenayah Siber (Scammer) Masa Kini

29 Jun 2021 | Selasa

IKB telah menganjurkan satu program secara ‘online’ dengan menjemput Tuan Inspektor Mohd Hafizi bin Arifin dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman bagi menyampaikan taklimat berkaitan Kesedaran Mengenai Ancaman Siber (Scammer) masa kini.
Taklimat hari ini terbuka kepada warga kerja MAIWP dan sambutan yang amat menggalakan dengan penglibatan lebih daripada 100 peserta.
Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam sebarang urusan berkaitan transaksi perbankan seperti tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan akaun bank dengan mudah tanpa usul periksa. Ianya susulan daripada kes yang banyak berlaku merangkumi ‘Perniagaan Online’ ‘Love Scam’, ‘Pinjaman Tidak Wujud’ dan pelbagai lagi.
Program diakhiri dengan bagi membuka ruang kepada para jemaah untuk sesi soal jawab. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program pada hari ini.