Taklimat Inspirasi Usahawan IKB : Slot Keusahawanan ( “Minat Boleh Jadi Bisnes” )

17 Ogos 2021 – Kali ini IKB berpeluang menjemput seorang Tokoh Belia Negara Tahun 2020 dan Tokoh Belia Negeri Pahang 2020 iaitu Puan Nurliana binti Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Sis Liaa.

Hampir 100 orang peserta terdiri daripada pelatih, staf dan alumni IKB telah berkesempatan untuk turut serta dalam ceramah yang diadakan secara atas talian bersama Pengasas Hubelia Technology Empire pada hari ini.

Pengisian ceramah inspirasi usahawan IKB pada hari ini memfokuskan kepada memberi pendedahan mengenai budaya belia ke arah usahawan. Selain itu diselitkan juga dengan bentuk bantuan yang disediakan untuk belia yang pelatih perlu tahu dan tranformasi perniagaan era baharu iaitu GIG Economy. Sis Liaa juga turut berkongsi ilmu bagaimana pelatih boleh menyimpan dan menerima pendapatan daripada GIG Economy.

Semoga perkongsian ini akan meningkatkan semangat dan memberikan manfaat kepada pelatih IKB dan peserta kursus utk menjadi usahawan yang berjaya.