Taklimat Inspirasi Usahawan IKB : Komitmen Dalam Kerjaya

4 Ogos 2021 – Seramai 86 peserta terdiri daripada pelatih, staf dan alumni IKB telah berkesempatan untuk turut serta dalam ceramah yang diadakan secara atas talian bersama Pengurus Roftah Collection pada hari ini.

Ceramah inspirasi usahawan IKB ini telah diberikan oleh Puan Che Roftah binti Che Mat seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kedai jahit di bandar Klang, Selangor. Penceramah telah berkongsi pengalaman dan tips yang perlu ada kepada peserta untuk memberikan komitmen yang jitu di dalam perniagaan yang diusahakan.

Semoga perkongsian ini akan meningkatkan semangat kepada pelatih untuk terus berusaha dan berjaya selepas tamat pengajian kelak. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat serta menjayakan program ini.