SURAU DARUL FALAH IKB SURAU JUMAAT

19 November 2021 – Bermula era pandemik ini Surau Darul Falah IKB mendapat kelulusan dan diberikan kebenaran khas sebagai Surau Jumaat daripada Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) bagi kemudahan pelatih dan staf IKB untuk menjalankan ibadah solat Jumaat. Solat jumaat pertama yang dijalankan adalah pada 17 September 2021 disertai oleh pelatih dan staf IKB. Sehingga kini solat jumaaat turut disertai oleh staf dan pelajar dari Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Kehadiran jemaah solat jumaat pada hari ini adalah seramai 113 orang.

Jawatankuasa Surau Darul Falah juga telah menjemput pembaca khutbah luar. Khatib yang telah dijemput pada hari ini Ustaz Nik Syahriman. Bilangan jemaah bagi solat Jumaat adalah dibenarkan mengikut keluasan surau dan ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal 1 meter. Surau ini boleh menampung jemaah sehingga 120 orang setelah dibuat penjarakkan.