Program Sembang Santai Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP bersama Staf Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)

8 April 2021 – Satu sesi perjumpaan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP, En. Mohd Fauzi bin Abidin bersama staf IKB telah diadakan pada hari ini.

Program Sembang Santai ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada seluruh warga IKB untuk bertukar pendapat dan fikiran, beramah mesra dengan lebih terbuka tanpa kekangan di antara warga IKB dan Pengurus BPI. Pelbagai cadangan dan buah fikiran diketengahkan bagi membantu memajukan IKB sebagai institusi kemahiran yang inovasi di bawah MAIWP

Semoga pertemuan santai ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga kerja IKB