PROGRAM QIAMULLAIL ASRAMA IKB

4 Disember 2021 – Memakmurkan malam dengan Qiamulail adalah dituntut oleh Rasulullah SWT. Qiamulail ialah suatu amalan sunat yang bererti “BANGUN MALAM” dengan tujuan untuk beribadah kepada ALLAH SWT.

Bermula jam 4.30 pagi hari ini, unit Asrama IKB telah berjaya melaksanakan program Qiamulail yang menjadi sebahagian aktiviti kerohanian dan persediaan memohon hajat agar dipermudahkan menghadapi peperiksaan akhir.

Program diadakan di Surau Darul Falah IKB dan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Hadi bin Daud(travel guide Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd). Antara pengisian program adalah solat Sunat Tahajjud, Hajat, Taubat dan Witir. Semoga program seperti ini dapat mendidikan pelatih IKB agar menjadi insan kamil.