PROGRAM KAMI PRIHATIN

12 Mac 2022 – Tahniah kepada Persatuan Alumni IKB yang telah berjaya menganjurkan Program Kami Prihatin bersama Warga PPR Hiliran Ampang pada hari ini
Program Kami Prihatin anjuran Persatuan Alumni IKB dengan kerjasama Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang telah menyantuni 70 buah keluarga di PPR Hiliran Ampang yang terjejas sumber pendapatan ekoran pandemik Covid-19. 
Encik Mohd Fauzi Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP telah sudi merasmikan program ini dan berkesempatan melawat gerai pameran. Alumni IKB berperanan dalam memberikan khidmat pembangunan dengan memberikan pelbagai sumbangan berbilang perspektif yang bermanfaat kepada pelatih, alumni, institut dan masyarakat.
McDonald Malaysia turut menaja 200 pek makanan tidak terkecuali penglibatan jabatan kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jawi Food Bank, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang sentiasa terbuka dalam memberikan pelbagai bentuk bantuan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.
Turut menjayakan program pada hari ini penaja bersama antaranya Rabi Durian Crepe, K.I.S dan Kreatif Golf Ideal. Semoga Persatuan Alumni IKB akan dapat melaksanakan program seumpama ini lagi dalam memperkukuhkan ukhwah dengan komuniti setempat dan terus dikenali.