PERBINCANGAN PELUANG PELATIH DALAM BIDANG PEMBUATAN PERABOT

16 Disember 2021 – Satu sesi lawatan dan perbincangan antara Ketua Program Teknologi Binaan Bangunan (TBB), Pn. Aisyah binti Idris serta pegawai beliau bersama syarikat pembuatan perabot Tripple Fast Work Resources di Shah Alam telah di adakan pada hari ini.
Perbincangan tertumpu kepada peluang pelatih program TBB untuk mengikuti latihan kerja industri, laluan kerjaya graduan dan peluang lepasan pelatih meceburi bidang keusahawanan dalam pembuatan perabot.