PENDAFTARAN PELATIH BAHARU SESI 2022

8 Januari 2022 – Tahniah kepada 90 orang pelatih baharu yang telah mendaftar pada hari ini melibatkan Program Kejuruteraan Elektrik (KJE), Teknologi Binaan Bangunan (TBB), Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita (RFPW),
Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Lelaki (RFPL) dan Perkhidmatan & Penyediaan Makanan (PPM). Jumlah yang mendaftar hari ini juga melibatkan pengambilan khas pelatih SKM Tahap 3 dan Program Diploma Teknologi Reka Bentuk Fesyen.
Pihak pengurusan IKB ingin mengucapkan selamat datang kepada anda semua.