PELATIH IKB JUARA PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO IKB MAIWP

7 Januari 2022 – Telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyertaan kepada pemenang Pertandingan Mencipta Logo IKB dalam Perhimpunan Bulanan MAIWP hari ini.
Tahniah diucapkan kepada Cik Siti Zahrina Sofiah binti Mohd Esmal Pelatih Tahun Akhir Semester 4, Program Seni Reka Grafik Komputer, Institut Kemahiran Baitulaml (IKB) yang telah memenangi tempat pertama pertandingan anjuran IKB bermula pada 1 – 15 November 2021 lalu. Tempat ke-2 pula telah dimenangi oleh Pn. Nabilah binti Zulkifli dari Unit Undang-undang MAIWP. Manakala tempat ke-3 telah dimenangi oleh Pn. Noraidah binti Kamis dari unit yang sama.
Pertandingan yang dianjurkan ini terbuka kepada semua semua kakitangan MAIWP dan pelajar IKB. Sebanyak 33 ciptaan logo telah diterima.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En. Mohd. Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.