PELAJAR IKB DITAWARKAN KERJA OLEH BOAT NOODLE

27 Oktober 2021 – Berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang mengikuti pengajian di IKB, dua  orang pelajar Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM) sesi 2019/2020 telah ditawarkan pekerjaan sebagai Crew di restoran makanan Thailand yang dikenali dengan nama  Boat Noodle. Mereka ditawarkan kerja setelah menamatkan pengajian di IKB pada awal bulan ini di cawangan Restoran Boat Noodle Gombak. Syarikat Boat Noodle turut menawarkan gaji yang lumayan bermula RM 1600.00 serta diberikan kemudahan tempat tinggal. Diharapkan pelatih IKB yang lain juga akan mendapat peluang pekerjaan yang baik dan dapat mengaplikasikan kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki ke dunia pekerjaan yang sebenar.