MISI BANTUAN BANJIR IKB 3

23 Disember 2021-Hari ini pasukan bantuan banjir IKB meneruskan misi ke rumah lepasan pelatih di Puchong untuk membantu memberi khidmat membersihkan rumah mereka yang dinaiki air semasa banjir tempoh hari.
Ujian yang dilalui oleh saudara Alif Ekhmal bin Khairulnizam (lepasan pelatih PPM 2018/2019) dan saudari Nur hidayah binti Zaharman (lepasan pelatih RFPW 2019/2020) amatlah berat untuk ditanggung.
Semoga bantuan yang dihulurkan IKB dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha murni ini.