MISI BANTUAN BANJIR IKB 2

22 Disember 2021 – Misi bantuan banjir diteruskan lagi hari ini ke rumah Anis Sofea Bt Abdul Wahab di Meru Klang. Beliau merupakan pelatih Program Seni Reka Grafik Komputer Semester 2.
Pengetua IKB En. Mohd. Rodzi bin Osman telah mengetuai misi bantuan ini turut serta tenaga pengajar dan staf pentadbiran. Tujuan kunjungan adalah untuk menghulurkan bantuan tenaga bagi membantu membersihkan rumah pelatih ini yang terkesan akibat banjir.