MISI BANTUAN BANJIR IKB 1

21 Disember 2021 – Banjir besar yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor beberapa hari lalu turut dilalui sebahagian warga MAIWP.
Justeru itu, pada hari ini Pengetua IKB, En. Mohd Rodzi bin Osman dan beberapa orang staf IKB turun padang menawarkan diri untuk bergotong-royong membantu membersihkan kediaman seorang Pegawai MAIWP, En. Azri bin Iberahim yang turut dilanda banjir kelmarin di Kg. Lombong Seksyen 29 Shah Alam.
Moga sedikit sebanyak bantuan tenaga yang dihulurkan ini dapat meringankan ujian yang beliau hadapi.