MINGGU SILATURAHIM PELATIH BAHARU SESI 2022

21 Januari 2022 – Pihak Pengurusan IKB mengucapkan selamat datang dan tahniah di atas kejayaan pelatih baharu yang telah melaporkan diri pada 8 Januari 2022 yang lalu. Namun demikian, Minggu Silaturahim (MSR) Sesi 2022 telah diadakan pada 19 sehingga 21 Januari 2022 setelah selesai pelatih baharu ini menjalani kuarantin dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa pandemik ini.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang MSR ini dijalankan bertujuan mengenali potensi diri, memperkukuhkan sahsiah, mengembangkan minat dan bakat, membina interaksi sosial yang sihat serta menjadi seorang pemimpin yang baik agar menjadi modal insan yang berkualiti. Selain itu aktiviti yang dijalankan juga dapatĀ  membentuk pelajar yang matang dan seimbang dari segi akademik dan akhlak.