MESYUARAT KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 & 3, 2023


22 Mei 2023 – Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan (KMP) Akhir Semester 1 dan 3 2023 yang dikendalikan oleh Unit Pentaksiran, Peperiksaan dan Pensijilan (UPP-IKB) telah diadakan di IKB. Mesyuarat KMP dipengerusikan oleh Pengetua, Puan Nor Azizah binti Abdullah bersama pihak Pengurusan Akademik IKB bagi menentukan kelayakan calon yang bakal menduduki peperiksaan akhir sesi pengajian Januari – Jun 2023. Jawatankuasa Kelayakan Peperiksaan peringkat IKB membuat ketetapan dimana pelajar wajib hadir kelas pembelajaran tidak kurang daripada 90% kehadiran ke institut dan kerja kursus/projek disiapkan sepenuhnya sebelum menduduki peperiksaan akhir semester. Berdasarkan laporan yang dibentangkan oleh UPP-IKB mendapati bahawa semua pelajar sesi Januari – Jun 2023 layak menduduki peperiksaan akhir.