MENEROKA POTENSI KERJASAMA DALAM BIDANG F&B

17 Disember 2021 – Satu taklimat bersama dengan Mok De Sdn. Bhd. sebuah syarikat Bumiputera yang menjalankan perniagaan dalam bidang Food & Beverage telah diadakan secara bersemuka di Bilik Mesyuarat IKB.
Dikenali melalui jenama Nasi Dagang Mokde, syarikat ini bermula sebagai dapur berpusat semasa tempoh pandemik COVID-19 dan sedang dalam perancangan membuka rangkaian kafe berkonsep di sekitar Lembah Klang.
Tujuan pertemuan ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama dengan IKB menerusi program latihan dalam bidang Food & Beverage untuk pelatih dan alumni Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan IKB.
Taklimat telah dipengerusikan oleh Pengetua IKB, En. Mohd Rodzi bin Osman dan turut dihadiri oleh pegawai IKB. Syarikat Mok De Sdn. Bhd diwakili oleh En. Ahmad Shakir bin Saleh, selaku Pengarah Urusan dan En. Azrulkhairi bin Alias dari Awra Associates Sdn. Bhd.
Semoga usaha murni ini dapat direalisasi di dalam memperkasakan lagi bidang kemahiran di IKB, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi ummah.