Materials Development (Customised)

MATERIALS DEVELOPMENT (CUSTOMISED) BERSAMA PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) SECARA ATAS TALIAN

19 Ogos 2021 -Kursus M04 Training and Learning Materials Development (Customised) ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 17 hingga 19 Ogos 2021 secara atas talian bersama pihak CIAST.

Seramai 19 orang tenaga pengajar kemahiran IKB terlibat sebagai peserta kursus dan mendapat bimbingan daripada penceramah berpengalaman yang dijemput khas dari CIAST iaitu Tn. Hj. Noordin bin Abdullah dan En. Amir bin Mohamed.

Tujuan dan objektif kursus bagi memberi latihan pengukuhan terhadap kemahiran pengajar dalam aspek pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti telah dapat dicapai walaupun tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka.

Semoga ilmu yang telah diperolehi akan dapat diaplikasikan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh semua pengajar selaku barisan hadapan penyampai latihan kemahiran di IKB.

Unit Pentauliahan IKB