Makluman Penutupan Operasi

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

MAKLUMAN
PENYAMBUNGAN PENUTUPAN OPERASI
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL (IKB)

 

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Mei 2021 (Jumaat) telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu sahaja.

Selaras dengan pengumuman tersebut, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa operasi Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) juga ditutup untuk semua pelatih sehingga 14 Jun 2021. Sehubungan itu, pelaksanaan Takwim Pelatih IKB Mei hingga Ogos 2021 yang telah diedarkan kepada pelatih adalah terbatal serta proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara atas talian berdasarkan jadual pembelajaran yang ditetapkan oleh setiap program.

Pelatih juga diingatkan agar sentiasa mematuhi semua langah-langkah keselamatan dan penjagaan kesihatan diri sepertimana yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sekian, terima kasih.


PENGETUA
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
31 MEI 2021