MAJLIS SANJUNGAN BUDI JASA MU DIKENANG

20 Disember 2021 – Unit Pentadbiran IKB telah menganjurkan satu Majlis Sanjungan Budi Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan buat Pembantu Tadbir Kanan, Pn. Nor Hamidah binti Sajat pada hari ini. Majlis ini diadakan bagi memberi penghormatan kepada beliau yang telah berkhidmat di IKB selama 8 tahun bermula pada Ogos 2013.
Pihak pengurusan IKB ingin mengucapkan ‘Selamat Bersara’ dan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa, dedikasi melaksanakan amanah kerja dan komitmen yang diberikan sepanjang berkhidmat. Kami juga mendoakan agar beliau diberikan kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan berpanjangan.