Majlis Persaraan Pn Rohana Mansor Secara Atas Talian

1 September 2021 – Satu majlis persaraan pegawai IKB Pn.Rohana binti Mansor iaitu Penolong Pegawai Tadbir N32 telah diadakan pada hari ini menerusi aplikasi 𝘎𝘰𝘰𝘨𝘭𝘦 𝘔𝘦𝘦𝘵 (𝘖𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦). Beliau merupakan pegawai berdedikasi dan sering menunjukkan prestasi yang amat baik serta mudah mesra bersama pegawai dan staf di IKB.

Turut hadir Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) En. Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Pengurus BPI, En. Affandey bin Yaakub dan warga kerja IKB.

Seluruh warga Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) mengucapkan Selamat Bersara dan kami mendoakan semoga Pn. Rohana binti Mansor diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih diucapkan atas segala jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di IKB, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang. Semoga ikatan ukhwah ini akan berpanjangan berkekalan selamanya.