MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA & STAF IKB

25 Mac 2022 – Majlis Perpisahan secara ringkas telah diadakan buat Pengetua IKB, En. Mohd Rodzi bin Osman yang akan berkhidmat di bahagian yang baharu bermula 1 April 2022 ini. Semoga Tuan Pengetua terus sukses di tempat baharu. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan sebagai panduan untuk IKB terus cemerlang.

Dua orang staf IKB akan turut berpindah ke bahagian baharu iaitu Pn. Madihah binti Mahmod dan En. Mohd Ibrahim bin Abdullah yang akan memulakan tugas baharu pada 1 April 2022 ini juga.

Seluruh warga IKB mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang dicurahkan dan selamat maju jaya