MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MINGGU SILATURAHIM SESI 2022

21 Januari 2022 – Minggu Silaturahim (MSR) Sesi 2022 telah sampai kepehujungnya. Seramai 83 orang pelatih baharu sesi 2022 telah mengikuti program MSR yang bermula pada 19 sehingga 21 Januari 2022 lalu. Majlis Perasmian Penutup Program Minggu Silaturahim Sesi 2022 telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, En. Mohd Fauzi bin Abidin pada hari ini. Turut hadir Timbalan Pengurus Pembangunan Insan MAIWP, En. Affandey bin Yaakub.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa program dan barisan Majlis Perwakilan Pelatih (MPP) dalam menjayakan program MSR yang telah bermula pada 19-21 Januari 2022. Di harapkan juga semoga pelatih baharu ini dapat menyesuaikan diri dan mencapai objektif pembelajaran di samping membangunkan sahsiah diri yang jitu sepanjang pengajian di IKB.