Majlis Penyerahan Bakul Makanan Kepada Lepasan Pelatih IKB

28 Ogos 2021– Satu majlis gimik penyerahan bakul makanan untuk lepasan pelatih IKB yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah diadakan pada hari ini.

Program ini merupakan inisiatif Persatuan Alumni IKB menyalurkan bantuan bakul makanan kepada lepasan pelatih IKB yang terkesan semasa pandemik ini. Penyerahan bakul makanan telah disempurnakan oleh En. Mohd Rodzi Bin Osman, Pengetua IKB serta diringi Yang Dipertua En.Hardi bin Yatimi, Pengerusi Persatuan Alumni IKB.

Moga usaha murni ini akan berterusan dan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak khususnya lepasan pelatih.