MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN MPP SESI 2022

11 Mac 2022 – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Baitulmal Sesi 2022 kepada 29 barisan Jawatankuasa Tertinggi dan Biro telah berlangsung pada hari ini. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh En. Mohd Rodzi bin Osman, Pengetua IKB.
Barisan MPP diterajui oleh Saudara Muhammad Adib Fikri bin Isaharudin pelatih tahun 1 Program Kejuruteraan Elektik telah dilantik secara rasmi sebagai Yang Dipertua MPP bagi sesi 2022 bersama ahli-ahlinya yang dipilih melalui Pilihanraya MPP yang diadakan pada 1 Mac 2022 yang lalu.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh barisan MPP akan dapat dilaksanakan dengan baik.