Majlis Memasak & Penagihan Bubur Lambok Anjuran Institut Kemahiran Baitulmal Bersama Komuniti PPR Cochrane Perkasa

29 April – Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP bersama Komuniti PPR Cochrane Perkasa telah menganjurkan Majlis Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk diperkarangan di Surau Babul Khairat, PPR Perkasa Kuala Lumpur.
Kehadiran pihak IKB MAIWP telah disambut mesra oleh Encik Mohd Murad bin Hj. Mat Nor,Pengerusi Penduduk Perkasa bersama komuniti PPR Cochrane Perkasa.

Aktiviti memasak bubur lambok telah bermula pada jam 10.00 pagi oleh pelatih dari Kursus Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan IKB, tenaga pengajar, Ahli Jawatankuasa PPR dan komuniti disitu. Pihak Komuniti PPR juga telah memasak Sup Ayam Pencen Special bagi menambahkan menu agihan pada petang tersebut.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan pada jam 3.00 petang. Dalam ucapan ringkasnya, beliau memaklumkan program ini merupakan permulaan bagi IKB untuk menjalinkan perhubungan dan bekerjasama dengan pihak komuniti disekitarnya. Beliau berharap akan ada lagi program seperti ini yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan diteruskan pada masa akan datang.

Beliau turut berharap melalui program seperti ini, pihak komuniti dapat mendekatkan dan mengenali IKB MAIWP dalam membantu anak-anak asnaf di dalam bidang ilmu kemahiran. Dalam ucapannya juga,beliau memaklumkan terdapat 6 Kursus Kemahiran yang ditawarkan di IKB MAIWP iaitu, Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan, Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki, Rekaan Fesyen dan Pembuatan Wanita, Kursus Kejuruteraan Elektrik, Kursus Teknologi Binaan Bangunan dan Seni Reka Grafik Komputer.
Majlis ini diakhiri dengan pengagihan bubur lambok dan sup ayam kepada komuniti PPR Cochrane oleh Pengurus BPI bersama dan Pengerusi Penduduk Perkasa.