MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN PELATIH IKB

18 November 2021 – Pihak Pengurusan Asrama IKB dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yassin setiap hari Khamis bermula jam 7.30 sehingga 8.30 malam.

Majlis tersebut bertujuan untuk mengimarahkan aktiviti Surau Darul Falah IKB dengan Bacaan Surah Yasin sekaligus dapat menjalinkan silaturahim dan ukhwah dikalangan pelatih yang telah diketuai oleh Yang Dipetua MPP Saudara Luqman Alhakim. Majlis dihadiri oleh pelatih yang berada di asrama.

Semoga doa dan bacaan Yasin tersebut dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT.