KURSUS SULAMAN MESIN KOMPUTER

14 Januari 2022 – Kursus pengendalian mesin sulam komputer bertempat di Bilik Jahitan Pakaian yang diadakan pada hari ini adalah anjuran Laminar Enterprise. Kursus ini khusus untuk Pembantu Pegawai Latihan bagi Program Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita (RFPW) dan Program Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki (RFPL) bertujuan pembangunan program tersebut. Peserta kursus diajar untuk mengendalikan mesin sulam ini dari proses pemasangan benang, memilih rekaan menggunakan komputer sehingga penghasilan produk.