KURSUS PENGENDALIAN PERALATAN DIGITAL ICT MENGGUNAKAN PERISIAN V3 SIRI 2

16 – 19 Disember 2021 – Bertempat di Studio Diploma Teknologi Reka Bentuk Fesyen (DTF)
Program Diploma Teknologi Reka Bentuk Fesyen adalah merupakan program baharu yang ditawarkan di IKB dan akan memulakan sesi pengajian pada Januari 2022. Semua pengajar terlibat didedahkan tentang penggunaan dan pengendalian peralatan untuk rekaan fesyen kesinambungan daripada siri 1 yang lepas iaitu pengendalian peralatan perisian V9.
Perisian V3 adalah teknologi 3D home textile Fashion Design CAD yang mengandungi 5 modul berbeza iaitu 𝘎𝘢𝘳𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘚𝘵𝘺𝘭𝘦 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯, 𝘒𝘯𝘪𝘵𝘵𝘦𝘥 𝘍𝘢𝘣𝘳𝘪𝘤 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯, 𝘞𝘰𝘷𝘦𝘯 𝘍𝘢𝘣𝘳𝘪𝘤 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯, 𝘛𝘩𝘳𝘦𝘦 𝘋𝘪𝘮𝘦𝘯𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘱 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯 & 𝘋𝘳𝘢𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘗𝘳𝘪𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘰𝘭𝘰𝘶𝘳 𝘚𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯.
Pihak IKB mengharapkan supaya segala kemudahan dapat dikendalikan sebaiknya untuk kegunaan dimanfaat kepada pelatih.