KURSUS KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022


11-13 Mac 2022 – Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKB Sesi 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya di Bagan Lalang, Selangor. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini bermula pada 11 sehingga 13 Mac 2022 bertujuan memberikan suntikan semangat kepada barisan MPP IKB dalam merancang dan mengukuhkan peranan serta menyerlahkan lagi daya kepimpinan mereka.
Program ini juga dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama melalui pelbagai pengisian sepanjang program berlangsung. Diharapkan dengan pelaksanaan Kursus Kepimpinan MPP kali ini dapat menyerlahkan lagi potensi dan menyemarakkan lagi semangat ke semua ahli jawatankuasa untuk terus berkhidmat kepada para pelajar IKB.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Rodzi bin Osman, Pengetua IKB.