KURSUS KAD HIJAU

10-11 Mac 2021 – Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) telah menganjurkan satu kursus Green Card bersama penceramah dari wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Pelatih telah menerangkan tentang aspek keselamatan di dalam perkerjaan dan bengkel jika berlaku sebarang kecelakaan.
Program ini telah disertai oleh pelatih program Kejuruteraan Elektrik (KJE) dan Teknologi Binaan Bangunan (TBB) tahun 1.
Kepentingan kursus ini bagi mendedahkan kepada para peserta tentang aspek keselamatan tempat kerja yang selamat dan sihat, memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta asas pertolongan cemas.