KUNJUNGAN PEMANGKU KPE MAIWP KE BOOTH I-SKILLPRENEUR IKB DI PERKIM

7 Januari 2022 – Unit i-SKILLpreneur IKB telah mengambil peluang mengadakan pameran jualan produk hasil pelatih di Perhimpunan Bulanan MAIWP hari ini. Pameran ini dibuat sebagai promosi dan pengenalan hasil karya dan produk pelatih IKB Sesi 2019/2021.
Antara produk yang dipamerkan jahitan seni sulaman tangan, manik dan labuci yang telah dihasilkan oleh pelatih Program Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita.
Pameran ini mendapat perhatian daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En. Mohd. Nizam bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En. Mahadi bin Sukarno serta pegawai dan kakitangan maiwp yang menghadiri perhimpunan.