Inspirasi Usahawan IKB : Usaha Tangga Kejayaan “Never Give UP!” (En Hardi)

7 Julai 2021 – Taklimat kejayaan Alumni kali ke 2 pada hari ini diadakan khusus untuk pelatih yang diselaraskan oleh Unit Komunikasi dan Korporat IKB.

En.Hardi bin Yatimi, Pengarah Projek PIV Venture Sdn. Bhd. merupakan pelatih IKB Kursus Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1997 telah dijemput bagi sesi kali ini. Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Alumni IKB.

Beliau telah berkongsi pengalaman dan cabaran yang dilalui bermula dari kehidupan sebagai seorang pelatih IKB sehingga berjaya kini. Perkongsian beliau ini memberi semangat untuk pelatih ikb agar terus berjuang dalam menempuhi cabaran dan memcapai cita-cita mereka. Moga ceramah yang disampaikan oleh beliau memberi dorongan kepada pelatih IKB