Inspirasi Usahawan IKB : Ilmu Digali Kejayaan Dinikmati (Puan Robiatul Adawiah)

30 Jun 2021 – Satu taklimat berkaitan kejayaan Alumni telah diadakan khusus untuk pelatih yang diselaraskan oleh Unit Komunikasi dan Korporat IKB pada hari ini.

IKB berbesar hati menjemput Puan Robiatul Adawiah binti Ibrahim, seorang usahawan muda pengasas Durian Crepe Rabi. Beliau merupakan pelatih IKB Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan pada tahun 2006/2007.

Penceramah telah berkongsi pengalaman, tips dan cabaran dalam usaha membina perniagaan beliau. Beliau menekankan kepada peserta ilmu perlu ada untuk menceburi dan kekal berdaya saing di dalam perniagaan yang diusahakan.

Moga ceramah yang disampaikan oleh beliau memberi motivasi kepada bakal-bakal alumni IKB untuk mempersiapkan diri dengan minda keusahawanan selepas berjaya menamatkan pengajian kelak.