IKB RAIKAN 178 GRADUAN PADA MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KALI KE-28

13 Disember 2021 – Pihak pengurusan IKB merakamkan setinggi tahniah kepada 178 graduan sesi 2018/2019 dan 2019/2020 yang telah diraikan pada hari ini dalam Majlis Penganugerahan Sijil Kali ke-28. Majlis penganugerahan ini telah dibuat secara 𝘰𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦 melalui platform 𝘻𝘰𝘰𝘮 𝘮𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 susulan pandamik COVID-19 yang melanda negara ketika ini. Manakala sebahagian penerima bagi Anugerah Pelatih Terbaik diraikan di Dewan Ibnu Jama’ah IKB.

Majlis perasmian secara tele sidang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam ucapan beliau menyeru agar IKB mengambil langkah pro-aktif dalam melahirkan modal insan berkemahiran dan berketerampilan melalui aktiviti penonjolan bakat dalam kalangan pelatih sebagai penanda aras tahap keberkesanan program yang dijalankan. Beliau turut memberi pandangan agar kaedah baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran era teknologi ini perlu dipertingkatkan seriring keperluan industri semasa.

Semoga para graduan sentiasa berjaya dan akan berbakti untuk agama, bangsa dan negara kelak.