BACAAN YASIIN DAN SOLAT HAJAT

2 Disember 2021 -Bersempena dengan ketibaan peperiksaan akhir semester, satu program bacaan Surah Yaasin dan solat hajat anjuran unit asrama telah diadakan pada hari ini di Surau Darul Falah IKB.

Bermula pada pukul 7 petang, program telah dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah dan diikuti tazkirah ringkas disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Abdul Rauf bin Abd Aziz yang mengetengahkan topik mengenai persiapan dalam menghadapi peperiksaan dan nikmat bersyukur di IKB. Program diteruskan dengan bacaan surah yassin, solat Isyak dan solat hajat yang dipimpin oleh beliau.

Elemen yang terkandung dalam program ini dapat membantu pelatih dalam aspek kerohanian sebelum mereka menduduki peperiksaan dan melahirkan graduan yang berjaya dari segi pendidikan dan akhlak.