PROGRAM KEMAHIRAN JANGKA PENDEK

Pelaksanaan program kursus jangka pendek di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) telah dimulai dengan Pembangunan Modul Kursus Jangka Pendek di Hotel Regency, Port Dickson pada tahun 2010.

Objektif penawaran kursus jangka pendek di IKB adalah untuk mempromosi budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tujuan:

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta taraf sosio-ekonomi.
  • Melatih dan menggilap potensi individu yang masih belum bekerja untuk meningkatkan kemahiran menerusi pelbagai bidang yang sesuai ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
  • Menyemai minat dan mengasah bakat untuk digunakan ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

SENARAI PROGRAM JANGKA PENDEK YANG DITAWARKAN:

  1. Jahitan Pakaian Wanita
  2. Jahitan Pakaian Lelaki
  3. Jahitan sulaman tangan
  4. Sulaman manik dan labuci
  5. Masakan
  6. Pastri dan bakeri
  7. Pengenalan asas Perisian Adobe Photoshop
  8. Pengenalan asas Perisian Adobe Illustrator

TEMPOH KURSUS

Pelaksanaan kursus jangka pendek IKB diadakan pada setiap hujung minggu dengan tempoh minimum 1 hari sehingga maksimum 3 bulan bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan.

PENSIJILAN KURSUS

  • Pelatih di bawah institusi MAIWP
  • Kakitangan awam dan swasta / pesara
  • Belia
  • Suri rumah / ibu tunggal
  • Golongan B40
  • Lain-lain