PROGRAM TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN (TBB)

Pelatih yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:
Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB
PENGENALAN
Program Teknologi Binaan Bangunan bermula dengan pengambilan pelatih pertama pada januari 2006 dengan dikendalikan oleh 3 tenaga pengajar. Program ini dijalankan selama 2 tahun iaitu 3 semester di IKB dan satu semester menjalani latihan industri di syarikat-syarikat pembinaan terpilih.
OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi latihan asas dalam bidang teknologi pembinaan.
- Melahirkan pelatih berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi pembinaan
- Mendedahkan pelatih kepada teknologi dan perindustrian pembinaan
- Menjadikan bidang teknologi pembinaan sebagai satu sumber pendapatan/prospek kerjaya.
PENSIJILAN PROGRAM
- Sijil Institut Kemahiran Baitulmal – Teknologi Binaan Bangunan
- Sijil dari CIDB – Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)
PELUANG KERJAYA
- Jurubina Bangunan
- Penyelia Tapak
- Kontraktor Binaan
- Jurulatih/juruteknik
Kursus Teknologi Binaan Bangunan (TBB)