PROGRAM SENI GRAFIK KOMPUTER (SGK)

Pelatih yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:

Sijil Seni Lukis Dan Senireka

PENGENALAN

Program Seni Lukis dan Seni Reka merupakan antara program yang awal diwujudkan di IKB iaitu pada tahun 1991. Mula dikenali dengan nama kursus Seni Lukis Kreatif, Desktop Publishing dan Rekaan Grafik. Seiring dengan perkembangan semasa. kursus SSR kini memberi fokus yang lebih mendalam terhadap bidang seni visual yang mencakupi asas seni reka, pembungkusan, komunikasi, visual dan rekabentuk.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memberi latihan intensif dalam bidang seni lukis dan senireka.
  • Melahirkan pelatih berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif
  • Mendedahkan pelatih kepada teknologi seni lukis grafik
  • Menjadikan bidang seni lukis dan seni reka sebagai sumber pendapatan.

PENSIJILAN PROGRAM

  • Sijil Institut Kemahiran Baitulmal – Seni Lukis dan Seni Reka
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Desktop Publishing
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Graphic Design

PELUANG KERJAYA

  • Membuka perniagaan sendiri (Usahawan)
  • Menjadi pereka grafik
  • Bekerja di syarikat pengiklanan, percetakan atau penyiaran
  • Pembantu kurator galeri dan muzium

Kursus Seni Grafik Komputer (SGK)