PROGRAM KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KJE)

Pelatih yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:
Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
Sijil SKM Tahap 2 – Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
Sijil SKM Tahap 3 – Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
Perakuan Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan Pengujian (PW4)
PENGENALAN
Program Kejuruteraan Elektrik (KJE) mula dikenali dengan nama Kursus Pendawaian Elektrik (PE) dengan tempoh latihan selama setahun pada 1995.Pada tahun 1997, IKB melaksanakan SKM tahap 1 & 2 seiring dengan penambahbaikan yang dilakukan dengan melaksanakan program pemasangan & penyelenggaraan Elektrik Satu fasa Tahap 2 (EE-320-2:2012) dan pemasangan & penyelenggaraan Elektrik tiga fasa Tahap 3 (EE-320-3:2012) sebagai nilai tambah, IKB turut mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam memperakukan Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa dan endorsan (PW4) kepada pelatih yang layak.
OBJEKTIF PROGRAM
- Mengeluarkan tenaga mahir dan berpengetahuan dlm bidang elektrikal
- Memberi pendedahan pengkhususan elektrikal serta kemahiran sepenuhnya
- Memenuhi permimtaan semasa terutama swasta dan industri
- Dapat melahirkan kontraktor/usahawan dlm bidang elektrik khususnya
PENSIJILAN PROGRAM
Sijil Institut Kemahiran Baitulmal | Kejuruteraan Elektrik |
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 | Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 1 Fasa |
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 | Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa |
Suruhanjaya Tenaga | Perakuan Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW4) |
PELUANG KERJAYA
- Juruteknik Elektrik di sektor awam dan swasta
- Pendawaian di syarikat kontraktor elektrik
- Membuka syarikat kontraktor elektrik kelas C (usahawan)
Kursus Kejuruteraan Elektrik (KJE)