DIPLOMA TEKNOLOGI REKA BENTUK FESYEN (DTF)

Program Diploma Teknologi Reka Bentuk Fesyen (DTF) merupakan program baharu yang ditawarkan di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dengan menawarkan Sijil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

IKB telah membuat permohonan sebagai Pusat Bertauliah bagi penambahan Kod TA-011-4:2013 Program Pentadbiran Fesyen dan Pakaian pada 21 Mei 2022 manakala Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) diadakan pada 3 Ogos 2021 secara dalam talian. IKB telah menerima surat kelulusan menjalankan program bermula 1 Sept 2021 – 31 Ogos 2024 mengikut kategori pelaksanaan program penuh dengan mod latihan sepenuh masa.

PENGENALAN

KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN PROGRAM

Modul latihan program adalah sepenuhnya mengikut NOSS yang dikeluarkan oleh pihak JPK. Tempoh pembelajaran adalah 1 tahun 6 bulan termasuk Latihan Kerja Industri selama 6 bulan. Program ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang cukup iaitu bengkel jahitan (peralatan mesin jahit industri), bilik persediaan menggunting (pembuatan pola dan menggunting fabrik) dan studio (Komputer, perisian V9- pembuatan pola, camera, plotter, perisian V3- rekaan fesyen). Secara keseluruhannya, program DTF dilengkapi dengan peralatan digital yang selari dengan kehendak dan keperluan Revolusi Industri IR4.0.

STRUKTUR LATIHAN PROGRAM

Program dijalankan mengikut semester selama 1 Tahun 6 bulan. Struktur latihan mengandungi subjek teras, subjek wajib, subjek tambahan dan wajib mengikuti latihan kerja industri selama 6 bulan dan melaksanakan projek akhir.

  • Berikut adalah subjek yang diperkenalkan untuk program DTF :
PENGAJIAN BIL SUBJEK
SEMESTER 1 1 Rekaan  dan Pembuatan Pakaian
2 Illustrasi Fesyen
3 Teknologi Fesyen Digital
4 Pengurusan dan Kemahiran Umum
SEMESTER 2 1 Kawalan Kualiti Pakaian
2 Pentadbiran Pengeluaran Pakaian
SEMESTER 3 1 Latihan Kerja Industri
2 Projek Tahun Akhir

PELUANG KERJAYA

Pelatih yang telah tamat, berkebolehan dan berpengetahuan dalam bidang yang diperlukan bagi perkembangan industri fesyen dan pembuatan pakaian. Pelatih juga mampu bersaing dengan penggunaan teknologi masa kini dan mempunyai bakat serta daya kreativiti. Berikut adalah peluang kerjaya yang menjadi hala tuju yang sangat membantu memenuhi keperluan tenaga kerja  dalam industri fesyen :

    1. Menjadi usahawan / membuka perniagaan sendiri
    2. Bekerja dalam industri pembuatan pakaian (pattern maker, fashion designer, illustrator)
    3. Bekerja dalam sektor korporat dan pengurusan (penyelia/urus tadbir butik pakaian)
    4. Wardrobe assistant /assistant retail manager/assistant event coordinator
    5. Tenaga pengajar yang berkebolehan dalam sektor awam dan swasta

Program Diploma Teknologi Rekabentuk Fesyen (DTF)