KURSUS TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN (TBB)

Pelatih yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:

Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB

PENGENALAN

Kursus Teknologi Binaan Bangunan bermula dengan pengambilan pelatih pertama pada januari 2006 dengan dikendalikan oleh 3 tenaga pengajar. Kursus ini dijalankan selama 2 tahun iaitu 3 semester di IKB dan satu semester menjalani latihan industri di syarikat-syarikat pembinaan terpilih.

OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi latihan asas dalam bidang teknologi pembinaan.
  • Melahirkan pelatih berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi pembinaan
  • Mendedahkan pelatih kepada teknologi dan perindustrian pembinaan
  • Menjadikan bidang teknologi pembinaan sebagai satu sumber pendapatan/prospek kerjaya.

PENSIJILAN KURSUS

  • Sijil Institut Kemahiran Baitulmal – Teknologi Binaan Bangunan
  • Sijil dari CIDB – Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)

PELUANG KERJAYA

  • Jurubina Bangunan
  • Penyelia Tapak
  • Kontraktor Binaan
  • Jurulatih/juruteknik

Kursus Teknologi Binaan Bangunan (TBB)