KURSUS REKAAN FESYEN & PEMBUATAN PAKAIAN WANITA (RFPW)

Pelatih yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:

Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan
Sijil SKM Tahap 1 – Pembuatan Pakaian Wanita
Sijil SKM Tahap 2 Pembuatan Pakaian Wanita
Sijil SKM Tahap 3Pembuatan Pakaian Wanita

PENGENALAN

Merupakan program latihan kemahiran intensif yang memberi pendedahan terhadap asas rekaan dan lakaran fesyen pakaian, pembuatan pola serta teknik menjahit pakaian wanita secara teori dan amali seiring dengan keperluan industri. Kandungan program latihan dibangunkan mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)/National Occupational Skill Standard (NOSS) yang diwartakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam sektor Tekstil dan Pakaian bagi program TA-011-1:2012 Pembuatan Pakaian Wanita Tahap Satu, TA-011-2:2012 Pembuatan Pakaian Wanita Tahap Dua dan TA-011-3:2012 Pembuatan Pakaian Wanita Tahap Tiga. Sistem penilaian dilaksanakan secara berterusan berasaskan ketrampilan daripasa aspek pengetahuan dan prestasi pelatih di sepanjang tempoh latihan bagi setiap Unit Kompetensi yang ditetapkan mengikut tahap.

PELAKSANAAN KURIKULUM

TAHUN SEMESTA TAHAP TEMPOH
1 1 1 6 Bulan
2 2 6 Bulan
2 3 3 12 Bulan
4

SENARAI UNIT KOMPETENSI MENGIKUT TAHAP

TAHAP UNIT KOMPETENSI
1
  • Casual Wear Making
  • Traditional Wear Making
  • Night Dress Making
  • Children Wear Making
  • Maternity Wear Making
  • Hand Embroidery Making
  • Scarve (Head Cover) Making
2
  • Contemporary Wear Making
  • Work Wear Making (Functional Wear)
  • Corporate Wear Making
  • Sport Wear Making
  • Sewing Machine Preventive Maintenance
  • Machine Embroidery Making
3
  1. Evening Dress Making
  2. Traditional Wedding Dress Making
  3. Western Wedding Dress Making
  4. Ladies 3-Piece Suit Making
  5. Ladies Dressmaking Production Supervision
  6. Re-Styling Garment
  7. Computerized Embroidery Making
  8. Head Wear Making

OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi latihan kemahiran secara intensif dan berkualiti bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri pembuatan pakaian wanita.
  • Melahirkan tenaga mahir yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pembuatan pakaian wanita, berakhlak dan berdisiplin, kreatif serta mampu berdikari dan bersaing di pasaran pekerjaan.
  • Melahirkan usahawan dalam bidang pembuatan pakaian wanita.

PENSIJILAN KURSUS

Sijil Institut Kemahiran Baitulmal Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 TA-011-1:2012
Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 1
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 TA-011-2:2012
Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 TA-011-3:2012
Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3

PELUANG KERJAYA

  • Bekerja di butik atau kilang pakaian.
  • Mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang jahitan (usahawan).
  • Mengajar dalam bidang jahitan di pusat bertauliah kerajaan atau swasta.

Kursus Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita (RFPW)