KURSUS PERKHIDMATAN & PENYEDIAAN MAKAN (PPM)

Pelatih yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:

Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan
Sijil SKM Tahap 1 – Penyedia dan pembuatan Makanan
Sijil SKM Tahap 2 Penyedia dan pembuatan Makanan

PENGENALAN

Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan mula diwujudkan pada tahun 1995 sebagai Kursus Masakan dan Katering. Kandungan latihan adalah berpandukan modul latihan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan iaitu Penyediaan & Pembuat Makanan Tahap 2 (HT-012-2:2012) dan Penyediaan & Pembuat Makanan Tahap 3 (HT-012-3:2012). Modul ini disesuaikan dengan kandungan latihan IKB bagi melahirkan pelatih yang berkualiti serta berketeramilan dalam bidang yang diceburi.

OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi latihan intensif dalam bidang perkihdmatan dan penyajian makanan
  • Melahirkan pelatih berpengetahuan dan berkemahiran
  • Mendedahkan pelatih kepada industri makanan
  • Menjadikan bidang perkhidmatan makanan sebagai sumber pendapatan/prospek kerjaya

PENSIJILAN KURSUS

Sijil Institut Kemahiran Baitulmal Perkhidmatan dan Penyajian Makanan
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 Penyediaan dan Pembuat Makanan
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Penyediaan dan Pembuat Makanan

PELUANG KERJAYA

Kerjaya dalam industri penyediaan dan pembuatan makanan adalah cerah dan mempunyai potensi untuk berkembang luas serta menjanjikan ganjaran yang lumayan.

  1. Bekerja sebagai Chef di Hotel 4/5 bintang / Resort
  2. Membuka restoran sendiri
  3. Perniagaan Katering
  4. Perunding Operasi Dapur Hotel / Hypermarket / Resort
  5. Melibatkan diri dalam perniagaan makanan beku
  6. Pensyarah di Pusat Latihan TVET
  7. Chef Selebriti
  8. Tenaga pengajar disektor kerajaan/swasta iaitu pembantu pegawai latihan pembantu penyediaan makanan
  9. Usahawan
  10. Offhore(persisir pantai)
  11. Cruise ships(kapal persiaran katering)

Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)