KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KJE)

Pelatih yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:

Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
Sijil SKM Tahap 2 – Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
Sijil SKM Tahap 3  Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
Perakuan Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan Pengujian (PW4)

PENGENALAN

Kursus Kejuruteraan Elektrik (KJE) mula dikenali dengan nama Kursus Pendawaian Elektrik (PE) dengan tempoh latihan selama setahun pada 1995.Pada tahun 1997, IKB melaksanakan SKM tahap 1 & 2 seiring dengan penambahbaikan yang dilakukan dengan melaksanakan program pemasangan & penyelenggaraan Elektrik Satu fasa Tahap 2 (EE-320-2:2012) dan pemasangan & penyelenggaraan Elektrik tiga fasa Tahap 3 (EE-320-3:2012) sebagai nilai tambah, IKB turut mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam memperakukan Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa dan endorsan (PW4) kepada pelatih yang layak.

OBJEKTIF KURSUS

  • Mengeluarkan tenaga mahir dan berpengetahuan dlm bidang elektrikal
  • Memberi pendedahan pengkhususan elektrikal serta kemahiran sepenuhnya
  • Memenuhi permimtaan semasa terutama swasta dan industri
  • Dapat melahirkan kontraktor/usahawan dlm bidang elektrik khususnya

PENSIJILAN KURSUS

Sijil Institut Kemahiran Baitulmal Kejuruteraan Elektrik
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 1 Fasa
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa
Suruhanjaya Tinggi Perakuan Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW4)

PELUANG KERJAYA

  • Juruteknik Elektrik di sektor awam dan swasta
  • Pendawaian di syarikat kontraktor elektrik
  • Membuka syarikat kontraktor elektrik kelas C (usahawan)

Kursus Kejuruteraan Elektrik (KJE)