PROGRAM TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN (TBB)


Kursus Teknologi Binaan Bangunan ditawarkan pada Januari 2006 yang diketuai oleh seorang Ketua Program iaitu Pn. Aisyah binti Idris dan dibantu oleh 2 orang tenaga pengajar. Kursus ini menggunapakai modul yang dibangunkan oleh IKB sepenuhnya. Pengambilan pertama kursus ini adalah seramai 10 orang pelajar.
Pada tahun 2008, kursus ini telah mendapat pentauliahan dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk Program Pembangunan Kemahiran Belia bagi empat tred iaitu Bricklaying (Kerja Bata), Plastering (Kerja Melepa), Tiling (Kerja Jubin), Formwork (Acuan). Program ini mula menggunapakai modul/silibus IKB dan CIDB yang digabungjalin membentuk kurikulum Kursus TBB.
Pada tahun 2017, kursus ini mula menawarkan Program Personel Painting & Decorative Wall (Pensijilan CIDB) bagi pelajar tahun akhir. Pelajar juga turut didedahkan dengan kemahiran reka bentuk dan pembuatan perabot selain kemahiran dalam kerja-kerja kemasan dalaman seperti pemasangan wainscoting, wallpaper dan sebagainya.