PROGRAM SENI REKA GRAFIK KOMPUTER (SGK)

Diawal penubuhannya pada tahun 1991, kursus ini dikenali dengan nama Kursus Surface Deco & Finishing Spray yang dikendalikan 2 orang tenaga pengajar iaitu Puan Siti Hasnah binti Ahmad Shuhod dan En. Masridzi bin Sat dengan pengambilan pelajar pada ketika itu seramai 10 orang. Pada tahun 1993, kursus ini telah ditukar nama kepada Kursus Seni Lukis Kreatif & Kemasan Spray.

Pada tahun 2004, Kursus Seni Lukis Kreatif & Kemasan Spray sekali lagi telah ditukar nama kepada Kursus Seni Lukis dan Seni Reka yang diketuai oleh Encik Rayzill Ilzura bin Mohd Yusoff iaitu dengan bilangan pelajar juga telah bertambah kepada 25 orang.

Penjenamaan semula kursus ini telah dicadangkan pada tahun 2018 dengan nama baharu Senireka Grafik Komputer bagi menggantikan kursus Seni Lukis dan Seni Reka hasil keputusan mesyuarat TAC.

Sehubungan itu, IKB telah merangka modul baru berdasarkan NOSS bagi mendapatkan pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang mengutamakan kepada trend pekerjaan mengikut kehendak pasaran industri terkini. Pegawai Latihan yang bertanggungjawab pada ketika itu adalah Encik Zainol bin Hashim.

Pada tahun 2021, nama Kursus Senireka Grafik Komputer secara rasminya telah mengggantikan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka. Kursus ini juga telah mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Desktop Publishing dan SKM Tahap 3 Graphic Design.