PROGRAM PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN (PPM)


Pada tahun 1994, IKB yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin telah bercadang untuk merangka Kursus Masakan dan Katering sebagai penambahan kepada kursus sedia ada di IKB. Tenaga Pengajar pada waktu itu ialah Pn. Rozita bt. Faisal dan Pn. Norzam.
Pada tahun 1995 , Kursus Masakan dan Katering telah ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia oleh MLVK mengikut tahap dan telah mengambil pelajar sesi pertama seramai 15 orang pelajar.
Pada tahun 1995 , Puan Norzam telah berhenti dan IKB telah menerima pegawai baharu iaitu Encik Saha bin Shaari yang merupakan Ketua Unit bagi Kursus ini.
Bagi memantapkan lagi persijilan sedia ada di IKB , para pelajar telah dihantar untuk mengikuti latihan praktikal bertujuan untuk menambahkan pengetahuan serta memudahan mereka untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang diceburi .
Pada tahun 2000, Kursus Masakan dan Katering telah ditukar kepada Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan dan telah berjaya dalam permohonan untuk ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
Pada tahun 2016 , Kursus PPM telah berjaya dalam permohonan untuk ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan tempoh pembelajaran telah ditambah dari setahun kepada dua tahun