PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI REKABENTUK FESYEN (DTF)

Program Diploma Teknologi Reka Bentuk Fesyen (DTF) merupakan program baharu yang ditawarkan di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dengan menawarkan Sijil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

IKB telah membuat permohonan sebagai Pusat Bertauliah bagi penambahan Kod TA-011-4:2013 Program Pentadbiran Fesyen dan Pakaian pada 21 Mei 2022 manakala Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) diadakan pada 3 Ogos 2021 secara dalam talian. IKB telah menerima surat kelulusan menjalankan program bermula 1 Sept 2021 – 31 Ogos 2024 mengikut kategori pelaksanaan program penuh dengan mod latihan sepenuh masa.

Iklan penawaran pengambilan kemasukan Program DTF  telah dibuka pada bulan November 2021. Calon hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi melepasi proses temu duga yang dijalankan. Kemasukan pelatih bagi pengambilan yang pertama adalah 8 Januari 2022. Program DTF telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 12 Februari 2022.